Followers

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ayden's Birthday

CafeMom Tickers

Adel's Birthday

CafeMom Tickers

Wednesday, April 04, 2012

Kacang Pool

harini nak cerita pasal Kacang Pool.. selepas pekena kat Larkin haritu.. terus besungguh-sungguh nak buat sendiri.. Isnin passed by.. tak dan juga nak buat.. but last night i was so eager to cook it.. adhoc.. tiba-tiba mood kata nak time tu jugak! so buat dan kol 11pm bapak and husband belasah makan.. haha.. a bit dry sbb lama sgt panaskan.. tp alhamdulillah ok la kot.. eh? ok ke? puji diri sndiri ni.. haha! sapa-sapa nak try.. here's the receipe.. -+ my own version ikut suka hati..
banyak resepi online buat tak mention bleh makan brape orang.. ok mine is for a small portion lah..

Serving for 4-6 person

Bahan-bahan letak gambar sekali untuk memudahkan..





1 tin Kacang Foul Medammas Kimball dikisar separuh



1 camca jintan merah
1 camca jintan putih
1 camca ketumbar

6-7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

satu pack (400g) minced meat

1 cup air

garam dan gula secukup rasa
additional : tomato puree


--------------------------------
goreng kering (tanpa minyak) jintan merah, jintan putih dan ketumbar. Kemudian blend sampai macam gambar di bawah.
blend bawang merah, bawang putih dan halia sehingga jadi seperti gambar di bawah

---------------------------------------




Hidangan tambahan :
(kalau nak pedas)cili api/cili hijau
limau
Telur mata
Bawang besar dipotong halus
Roti (baguette lagi sedap)




Cara-cara :

Tumis bahan-bahan yang telah di blend (jintan² dan bawang²)sehingga naik seri bau. Kemudian masukkan minced meat. Bila minced meat dah empuk and masak, masukkan kacang foul yg di blend dan yang tak blend tadi tu. Masukkan air.
kemudian masukkan tomato puree, garam dan gula secukup rasa. Masa sehingga kuah menjadi pekat dan tak kering sangat (ikut selera masing²)

Kemudian goreng telur mata dan letak di atas kuah kacan pool dan taburkan bawang besar yg dipotong kecil dan cili api/cili hijau. Perah limau.



Ready to eat. As Julia Child says 'Bon apetite!' hehe (maybe lagi sedap kacang pool ni if it was cooked in Le Creuset pot? erk.. cukup lah sekadar Cook With Love.. ;-)




2 comments:

Wawa Tasliman said...

dear, u ada letak baked beans tak? argh kat sini susah nak jumpa kena balik JB baru ada..

Fara said...

wawa.. i letak kacang parang tu yg kat gambar tu.. kacang foul medammas.. kat sini kalau nak cari.. u can find it at NSK (Selayang) or any Giant kot..