ok haritu memang tiru je from internet.. as usual resepi tanya inche gugel.. tapi the result agak tak brape nak menjadi.. lol! telur tu end up tak rangup but rasanya hokkey2 saja.. so boleh laa ikut resepi yg dapat dari blog Azie Kithcen ni.. mmg senang follow resepi nya..
Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
Oleh: Azie Kitchen
Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap.
ni gambar nye.. jadi lah.. hehe..
Monday, August 18, 2014
Udang Goreng Butter/Butter Prawn
hugs and kisses..
Fara
Labels:
cooking,
foodporn,
makan-makan,
masak-masak
0
chit chat
Friday, August 08, 2014
Ayam masak merah / ayam tomato dengan mushroom
Ni resepi mudah ingat2 lupa saya.. huhu.. mmg feveret. sebab mak rajin buat ni dulu.. so bila makan mmg teringat kat mak lah.. mak biasa buat berkuah skit mcm gambar kat bawah ni.. tu yg lagi feel bleh gaul-gaul dalam nasik.. pergh.. ok lapa now.. sila layan resepi..
bahan :
Ayam
ubi *kalau suka
tomato puree
bawang besar
cendawan butang
tomato
garam
gula
Bahan untuk dikisar/tumbuk :
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara :
goreng ayam dengan api sederhana. Goreng sehingga masak tapi tak sampai garing. letak tepi tumis bahan kisar/tumbuk sampai naik bau dan bertukar warna keperangan sikit kemudian masukkan tomato puree dan cendawan butang *klu nak letak ubi, potong panjang dan goreng terlebih dahulu and put aside* dah menggelegak skit tu masukkan bawang besar dan tomato and garam dan sedikit gula. Kacau sebentar. Lepas tu campurkan ayam tadi dan kacau. dah rata masukkan ubi* kacau skit dan padam api. siap!
simple dan sedap.. well sedap kat tekak sendiri laa.. dan suami. Orang lain tatau ler.. haha..
bahan :
Ayam
ubi *kalau suka
tomato puree
bawang besar
cendawan butang
tomato
garam
gula
Bahan untuk dikisar/tumbuk :
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara :
goreng ayam dengan api sederhana. Goreng sehingga masak tapi tak sampai garing. letak tepi tumis bahan kisar/tumbuk sampai naik bau dan bertukar warna keperangan sikit kemudian masukkan tomato puree dan cendawan butang *klu nak letak ubi, potong panjang dan goreng terlebih dahulu and put aside* dah menggelegak skit tu masukkan bawang besar dan tomato and garam dan sedikit gula. Kacau sebentar. Lepas tu campurkan ayam tadi dan kacau. dah rata masukkan ubi* kacau skit dan padam api. siap!
simple dan sedap.. well sedap kat tekak sendiri laa.. dan suami. Orang lain tatau ler.. haha..
hugs and kisses..
Fara
Labels:
cooking,
foodporn,
makan-makan,
masak-masak
0
chit chat
Subscribe to:
Posts (Atom)