Followers

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ayden's Birthday

CafeMom Tickers

Adel's Birthday

CafeMom Tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, March 24, 2014

Baby food for on the go mommies

As a working mother sure ramai yang nak shortcut bab sedia kan makanan in the morning.. supaya cepat siap.. for me.. ayden mmg tak bekal since nursery mmg sedia kan makan.. nak bekal dok fikir 80 kali takot berebut dengan kawan2.. so bekal utk adel je lah..
Adel dah setahun but still takde gigi.. so dia still makan bubur blended.. dah try bagi bubur biasa tp dia kurang skit nak makan.. try bagi nasi lembik pon sama.. so gugel la ape la.. dpt few tips which saja nak share sini..
For all you mommies out there yang nak cepat ke tempat kerja and anak still baru2 makan.. jangan la beli beras halus dalam kotak tu.. instead DIY je.. jimat ye.. and takde bahan pengawet etc.. ok mommies yg hebat plz don't judge me.. haha..
 
So untuk beras.. ambik atleast satu cup bleh tahan dalam 1 week or 2.. depends brape banyak guna.. as for me.. pakai satu stengah sudu untuk dua kali makan sehari beras tu..
So ambik 1 cup.. mcm biasa basuh beras.. lepas bersih keringkan dalam kuali or non stick pan.. i prefer a non stick pan.. kira macam goreng kering.. without any minyak.. just untuk keringkan beras. Pakai api sederhana.. dah agak2 kering bleh la put aside untuk sejukkan.. after dah sejuk boleh la blend.. tak payah la nak cari baby blender ke apa.. beli je like mine blender pensonic.. rm79 je.. blend kejap je dah dpt halus mulus. Then simpan dalam tupperware ke tipuware ke untuk stok..
So pagi2 sok nye just masak dengan air kejap je and save time.
 
 
 
Same goes with ikan bilis.. untuk perisa menggantikan garam..
Rendam bagi hilang masin sangat tu then goreng kering api sederhana.. sampai garing.. put aside kejap and repeat the same step.. blend sampai dpt texture yang kite nak..
So time masak bubur pagi2.. bila dah nak selesai.. tuang ikan bilis tu ikut suka hati byk mana.. kacau jap.. padam api and serve..
 
 
 
Sekian tintangtingtong hari ini..Good night, Assalamualaikum. 
 

Wednesday, April 13, 2011

back ache / back pain

ok.. so the past few days ni.. i've been struggling with my backpain and heavy coughing like h*ll.. batuk? maybe bahana durian.. huhu.. ni kire satisfaction with consequences lah ni.. hahaha! mencih! so bile batuk like crazy.. tangkap sampai the back.. back pain mmg dah ade.. just sometimes je sakit.. especially after duduk tempat yg takde back support yg selesa..

so the cough gets worse and the back pain.. tatau nk ckp.. like crazy ok! tapi tadek MC pon.. still keje.. :( then yesterday borak balik with ibu nieza and seronok laa berkongsi masalah dengan die sbb die pon alami masalah yang same.. so she gave me a suggestion.. beli back support (which mmg lame cari tapi tatau nk cari mane)click kat sini untuk info.. and suggestion untuk go for pysio.. sgt menarik.. ni plak link entry die.. click sini.. thanx byk2 nieza sbb bagi tips2 ni.. klu korg nak mcm2 tips lagi pon bleh masuk blog die ni.. ni kawan lame mase zaman TM dulu.. geng2 org penting ni.. geng2 taskforce! hahahaha..

thanx nieza! insyaAllah bile ade mase nanti nak try pysio tu! buat mase ni nak hunt for back support tu! ;)

owh skarang sgt busy dgn business dan tolong2 kazen nak kawen.. alhamdulillah laa rezeki melimpah ruah.. will update about it in next entry.. daa~

meh layan gbr ni..



Sunday, December 12, 2010

Tips bagi anak yang kurus..♥

info ni ehsan dari http://cpintrass.com

- - - - - - - - - - ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ - - - - - - - - - -

Makanan Untuk Tambah Berat Badan Kanak-Kanak
July 29, 2009 | In: panduan kesihatan

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal.
Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanakkanakkurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumberprotein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenitaljuga merupakan masalah kekurangan berat badan.
Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• Menjejaskan kecerdasan otak
• Mengganggu pertumbuhan fizikal
• Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• Mudah dijangkiti penyakit
Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
• Terlalu banyak bermain
• Tiada kawan
• Masalah kesihatan
• Masalah gigi rosak
• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
• Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• Makan bersama-sama rakan sebaya.
• Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur