Followers

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Ayden's Birthday

CafeMom Tickers

Adel's Birthday

CafeMom Tickers

Friday, August 08, 2014

Ayam masak merah / ayam tomato dengan mushroom

Ni resepi mudah ingat2 lupa saya.. huhu.. mmg feveret. sebab mak rajin buat ni dulu.. so bila makan mmg teringat kat mak lah.. mak biasa buat berkuah skit mcm gambar kat bawah ni.. tu yg lagi feel bleh gaul-gaul dalam nasik.. pergh.. ok lapa now.. sila layan resepi..


 

bahan :
Ayam
ubi *kalau suka
tomato puree
bawang besar
cendawan butang
tomato
garam
gula

Bahan untuk dikisar/tumbuk :

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :

goreng ayam dengan api sederhana. Goreng sehingga masak tapi tak sampai garing. letak tepi tumis bahan kisar/tumbuk sampai naik bau dan bertukar warna keperangan sikit kemudian masukkan tomato puree dan cendawan butang *klu nak letak ubi, potong panjang dan goreng terlebih dahulu and put aside* dah menggelegak skit tu masukkan bawang besar dan tomato and garam dan sedikit gula. Kacau sebentar. Lepas tu campurkan ayam tadi dan kacau. dah rata masukkan ubi* kacau skit dan padam api. siap!

simple dan sedap.. well sedap kat tekak sendiri laa.. dan suami. Orang lain tatau ler.. haha..

No comments: